Monday, May 21, 2012

carilah kebahagiaan dalam kerjaya

Assalamualaikum

hari nie Ada nak share ckit tentang carilah kebahagian dalam kerjaya






Mula Kembali



          Andai berusaha tetapi tidak berjaya jangan berhenti di situ. Mula kembali .
          Selidik punca kegagalan dan kemudian mulakan langkah baru .
          Jangan putus asa dan jemu untuk terus berusaha. 
          Usaha yang berterusan akan membawa kejayaan di akhir nanti..
          Allah maha pemurah..klau kite sentiasa berusaha dan berdoa pasti kita akan berjaya..=)


Keluarlah dari kegelapan 


Jika hendak berjaya jangan terlalu terikat dengan pemikiran yang lama
Cuba sesuatu yang baru ,lebih kreatif dan dapat merangsang diri 
untuk terus membina kerjaya diri, keluarga dan kerjaya


Komitmen seratus peratus


Jika hendak berjaya dalam apa jua bidang terutama kerjaya
komitmen yang diberikan haruslah 100%
Berikan komitmen sepenuhnya pada visi dan misi hidup kamu 
dengan memberi tumpuan untuk mencapai apa yg didinginkan
Apa yang dilakukan hendaklah dengan bersungguh-sungguh
chaiyok! chaiyok!
hehe


Curi penyelesaian bukan alasan


Sudah pasti dalam mencapai apa yang diinginkan 
pelbagai masalah dan cabaran yang akan dihadapi
Kadang kala kita keliru apakah penyelesaiannya ?
Cara yang terbaik adalah dengan menghadapi masalah dengan positive
dan berusaha mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin
Berdoalah dan minta lah pertunjuk daripada Allah.




Rasai keseronokan bekerja

 Andai sudah hilang keseronokan dalam bekerja 
jangan terus dalam keadaan sedemikian
Pastikan apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan keseronokan itu


Jaga diri



Dalam menburu segala impian jangan abaikan kesihatan diri
Apabila kesihatan terganggu kamu tidak dapat melakukan kerja 
Jadi jagalah kesihatan dengan baik..
dan jaga la hati kita..
=)


Bina hubungan dengan orang lain


Hendak berjaya dalam karier perlu ramai kenalan
lagi ramai lagi bagus
Bak kate perpatah Melayu 
"berkawan biar seribu"
Hubungan yang baik amat pelu dalam apa jua kerjaya yang diceburi
Begitu juga jika ingin bahagia
sekurang kurangnya kita mempunyai sahabat saat susah dan senang..
disamping dapat berkongsi pendapat antara satu sama lain



ini sekadar perkongsian dari Ada..
klau ade salah dan silap perbetulkan la ye..
semoga kita sama memperoleh kebahagiaan dan kejayaan dalam apa jua kerjaya yang kita ceburi
InsyaAllah



2 comments:

  1. nak berjaya dalam sst kerjaya kena ada hati dgn kerjaya tersebut.. kalu kita tak de hati ngan kerjaya yg kita buat.. mmg susah nk berjaya... :D. jemput ke blog and folo..

    ReplyDelete
  2. betul 2..=) terima kasih atas perkongsian n sudi singgah cnie..hehe..=)

    ReplyDelete