Assalamualaikum
Alhamdulillah..td Ada ade bace satu article..
n skung Ada nak share ngn korang plak..
sharing kan caring..hehe..
k..dalam kehidupan kita setiap orang akan diuji oleh Allah dengan pelbagai ujian dan dikurniakan dengan pelbagai nikmat..
secara logiknya tanpa sume nikmat n masalah ini
tidak akan ada manusia yang sabar, insaf dan menolong antara satu sama lain.
.jika kita dikurniakan nikmat kita hendaklah bersyukur
..contoh nikmat tersebut..
menerima hadiah tanpa diminta
selagi masih ada kudrat , Islam menggalakkan umatnya untuk
berusaha mencari rezeki yang halal
Umar r.a meriwayatkan bahawa :
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika sesuatu (harta,wang,hadiah) diberikan kepada kamu yang mana kamu
tidak berkehendak atau memintanya maka terimalah.Jika tidak pedulikan ia."
(Sahih Bukhari)
jangan lupa ucapkan Alhamdulillah atas rasa syukur dengan rezki yang kita perolehi
Hidangan makanan
Apabila kita mendapat jemputan jamuan makan dirumah saudara sesama Islam
maka janganlah sesekali merasa ragu faktor halal atau pun haram hidangan tersebut
Kita perlu berpegang kepada prinsip bahawa setiap Muslim itu boleh dipercayai
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: " Jika salah seorang daripada kamu memasuki rumah
saudara muslimnya dan dihidangkan makanan,maka makanlah dan jangan bertanya tentang hidangan itu
dan jika dihidangkan minuman minumlah dan jangan bertanya tentang minuman itu"(Sahih Ahmad)
Semua itu bertujuan untuk tidak menyinggung perasaan tuan rumah
Mimpi baik
Jarang sekali manusia dihadiri mimpi baik semasa tidur
Jika ini berlaku pastinya mendatangkan kegembiraan sepanjang hari
Sebaik sahaja sedar dari mimpi tersebut anda perlu syukur kepada-Nya
sebagai tanda syukur nikmat-Nya
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a
Rasulullah SAW bersabda :
" Janganlah kamu menceritakan mimpi baik yang kamu peroleh melainkan kepada orang alim
ataupun orang yang dipercayai dapat memberi kamu pandangan yang baik"
kesimpulannya disini kita perlulah bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
x kira la nikmat yang kita dapat tu ckit atau banyak
ianya masih rezeki dari Allah yang harus kita syukuri
Alhamdulillah
=)
nie perkongsian dari Ada tuk hari nie
if Ada ade clap sudi2 la perbaiki ye
Ada pn sedang memperbaiki diri Ada untuk menjadi lebih baik
InsyaAllah
Banyak sangat nikmat yang Allah berikan kepada kita. Malangnya, kita masih tidak bersyukur atas pemberianNya...
ReplyDeleteMarilah sama-sama kita menjadi orang yang bersyukur..
betul2..sama2 la kite muhasabah diri..tq dear sudi singgah =)
ReplyDelete