Assalamualaikum..
ermm..hari ni ada nak share dgn korang tentang hikmah disebalik berwuduk..
Selama nie kite just tau berwuduk hanya sebagai satu syarat wajib bagi melaksanakan amalan solat..Hakikatnya ade rahsia yang tersembunyi di sebalik setiap rukun wuduk tersebut..
Antara amalan di sebalik berwuduk :
Berkumur :
berniatlah
" Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku "
setiap hari kita bercakap perkara yang tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan semoga kita
tidak lagi bercakap perkara yang sia2
Membasuh muka :
berniatlah
" Ya Allah putihkan lah wajahku di akhirat kelak.Janganlah Kau hitamkan
wajahku ini "
wajah akan berseri dengan cahaya ketenangan di akhirat kelak..
ahli syurga wajah mereka berseri seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka..
Ketika membasuh tangan kanan :
berniatlah
" Ya Allah berikanlah hisab2 ku di tangan kananku ini"
mencatat amalan kebaikan dan memudahkan perhitungan di akhirat kelak
ahli syurga diberikan hisabnya ditangan kanan
Ketika membasuh tangan kiri:
berniatlah
" Ya Allah , janganlah Kau berikan hisab2 ku di tangan kiriku ini"
hindari daripada tercatat amalan keburukan dan memudahkan perhitungan di
akhirat kelak. Di akhirat kelak ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.
Ketika membasuh kepala :
berniatlah
" Ya Allah lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang
Mahsyar dengan Arasy-Mu"
Melindungi daripada terik matahari di padang Mahsyar dan memohon rahmat
serta kasih sayang Allah.
Panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala
Ketika membasuh telingan:
berniatlah
"Ya Allah ampunilah dosa telingaku ini"
Membersih telinga daripada mendengar perkataan yang sia2 dan melalaikan
Ketika membasuh kaki kanan :
berniatlah
" Ya Allah permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim"
memohon menetapkan kaki di atas titian Siratul Mustaqim
dan memudahkan merentasi laluan
Ketika membasuh kaki kiri :
berniatlah
" Ya Allah bawalah aku pergi ke masjid , surau dan bukannya tempat maksiat "
memohon jangan gelincirkan kaki ke api neraka semasa menyeberangi titian Siratul Mustaqim
Selepas berwuduk amalkan doa yang bermaksud
" Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah , tidak ada menyekutukan -Nya dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah . Ya Allah jadikanlah aku orang yang bertaubat dan jadikanlah
aku orang yang menjaga kebersihan serta jadikanlah aku daripada hamba-Mu yang soleh dan solehah "
Wuduk yang sempurna disertakan dengan niat yang jelas pasti dirahmati Allah SWT. InsyaAllah kita akan mendapat solat yang kusyuk dan di terima Allah SWT.
p/s : Ada minx maap klau ade salah n clap dalam penjelasan ini..Klau ade salah n silap tegurlah kesilapan Ada nie k agar. Ada dapat memperbaiki kesilapan tersebut..terima kasih =)
nice info.....jom baca entry saya jugak..jgn lupa pijak churp2 saya...
ReplyDeletesemoga dapat diamalkan dlm khidupan seharian..:)
ReplyDeleteyep...senang kan nk amalkn..:)
ReplyDelete