Saturday, December 10, 2011

Alangkah Peliknya Kita

pelik ya, duit RM50 kelihatan besar bila dibawa ke kotak derma masjid
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket

pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir
 tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi

pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid 
tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang dipanggung 

pelik ya, tak sampai 30 minit mendengar khutbah jumaat dah rasa jemu 
tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali

pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak pegi beli belah ,
tapi dengar laungan azan tak sabar2 nak tukar channel lain

pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, 
tapi masjid dekat rumah rasa berat pulak kaki

pelik ya, betapa seruan dan teriakan berpanjangan waktu pertandingan bola sepak menjadi kegemaran kita
tetapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

pelik ya, rasa susah sungguh habiskan Al-Quran walau satu halaman 
tapi majalah hiburan dan novel best 100 halaman pun habis dilahap

pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton konsert,
 tapi berebut cari saf belakang bila solat jumaat supaya boleh cepat pulang

pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip..

pelik tak kita..?

tepuk dada tanya hati dan iman

1 comment: